PILIHANKU

TAJAAN

05 Mac 2011

DARAH JEMAAH TERPERCIK KE DINDING...?

11 terbunuh dalam letupan di masjid Pakistan

05/03/2011 3:06am

NOWSHERA, Pakistan 5 Mac - Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh manakala lebih 20 lagi cedera parah dalam kejadian letupan bom yang berlaku di sebuah masjid di barat laut Pakistan selepas solat Jumaat, semalam.
Beratus-ratus orang sedang keluar dari masjid serta ada yang menunggu jamuan makan amal ketika bom yang ditanam dalam masjid tersebut yang berdekatan dengan bandar Nowshera meletup.
Saksi mengatakan keadaan begitu kelam-kabut selepas pintu dan tingkap masjid itu turut meletup dan darah terpercik ke dinding masjid. - AFP

Sumber: Utusan Malaysia Online, 5/3/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan