PILIHANKU

TAJAAN

11 Mac 2011

LELAKI PALING KECIL DI DUNIA...?


KHAGENDRA THAPA MAGAR

MANILA - Seorang remaja yang berumur 17 tahun, Junrey Balawing dari wilayah Zamboanga del Norte di sini bakal mencatat rekod sebagai lelaki paling kecil di dunia dengan memiliki ketinggian cuma 55.9 sentimeter (sm), lapor sebuah akhbar semalam.
Ketinggian Junrey yang lebih rendah berbanding kanak-kanak berusia setahun membuatkan dia akan memecahkan rekod terbaru dunia apabila umurnya meningkat 18 tahun pada 12 Jun ini.
Remaja itu masih berusaha untuk berjalan dengan normal kerana dia sukar berdiri dalam tempoh yang lama.
"jika saya merupakan lelaki paling kecil di dunia, ia akan menjadi sesuatu yang amat hebat," katanya.
Sekarang rekod lelaki paling kecil di dunia masih dipegang oleh Khagendra dari Kathmandu, Nepal dengan ketinggian 60.96sm.
Sumber: Kosmo! Online, 11/3/2011


Tiada ulasan:

Catat Ulasan