PILIHANKU

TAJAAN

15 Julai 2010

UMNO-PAS PERLU DUDUK SEMEJA...?

UMNO, Pas perlu duduk semeja - Hishammuddin

PUTRAJAYA 14 Julai - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, usaha UMNO untuk menjalin kerjasama dengan Pas tidak akan menjadi kenyataan selagi kedua-dua pihak tidak duduk semeja untuk membincangkannya secara serius.
Menurutnya, Pas perlu mengetepikan kepentingan politik jika mahu duduk berbincang dengan UMNO dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuh Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini.
''Kalau tak duduk semeja, hanya memikirkan politik, hanya memikirkan diri sendiri, hanya memikirkan bagaimana  dapat mengeruhkan keadaan, hanya memikirkan bagaimana untuk menambah kebencian dan hanya untuk melaga-lagakan kita sesama kita selagi itulah penyatuan tidak akan jadi kenyataan.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 15/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan