Nik Aziz sedia temui TPM
KOTA BHARU 14 Julai - Kerjasama UMNO-Pas menampakkan tanda positif apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan kesediaannya untuk bertemu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang akan melawat Kelantan esok.
Beliau bagaimanapun berkata, pertemuan tersebut hendaklah dilakukan secara empat mata tanpa membabitkan orang tengah untuk memastikan semua perkara utama dapat dibincangkan.
"Boleh. Bukan setakat dia jumpa saya, saya pun mahu berjumpa dengannya.
"Sebaiknya tidak perlu orang tengah. Jumpa peribadi boleh sangat pada bila-bila masa," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat mingguan Exco Kelantan di Kota Darulnaim di sini, hari ini.
Sumber: Suntingan daripada Utusan Malaysia Online, 15/7/2010
Komen penulis: Bersatulah demi kepentingan agama dan bangsa.
Komen penulis: Bersatulah demi kepentingan agama dan bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan