PILIHANKU

TAJAAN

06 September 2010

4 MAUT DIREMPUH TRELER DI SEGAMAT...?

Foto Berita Harian Online, 6/9/2010

Empat sekeluarga maut kereta dirempuh treler

SEGAMAT 5 Sept. - Empat orang sekeluarga yang baru pulang daripada membeli kelengkapan Aidilfitri terbunuh selepas kereta mereka dirempuh sebuah treler di Kilometer 150.7 Jalan Johor Bahru-Seremban, berhampiran Sungai Karas, Labis, di sini hari ini.
Dalam kemalangan ngeri kira-kira pukul 3 petang, kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian apabila kereta Proton Iswara Aeroback itu remuk di hadapan akibat dirempuh dan diseret sejauh kira-kira 30 meter.
Mangsa ialah Md. Sukor Md. Dalib, 47, seorang peneroka di Felda Maokil Satu di sini, isterinya, Zaiton Mohd. Rasip, 47, serta dua anak lelaki mereka; Mohamad Syazwan, 16, serta Mohamad Syafiq, 15.
Pemandu treler tersebut pula yang belum dikenal pasti identitinya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 6/9/2010

1 ulasan:

  1. Inalilah ! Al Fatihah buat mangsa.. tempat kejadian ini menag di kampung saya tambahan pula saya mempunyai rumah persingahan di Kg Sg Karas tu... menag jalan di kawasan sana agak kurang memuaskan untuk menadu... jadi berhati hatilah semasa memandu.. Salam Takziah buat keluarga mangsa!

    BalasPadam