PILIHANKU

TAJAAN

03 September 2010

EKORAN MEMPERTIKAI PERKARA 153...?

Siasatan Nurul Izzah ke Peguam Negara

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Siasatan berhubung tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang mempersoal Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung hak istimewa Melayu akan disiapkan dengan segera.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, laporan polis mengenai perkara itu sudah dibuat dan siasatan rapi sedang dilakukan bagi memudahkan pihak Peguam Negara melakukan pendakwaan terhadap Nurul Izzah.
"Polis akan melengkapkan siasatan berhubung perkara ini sebelum diserahkan kepada Peguam Negara untuk menentukan apa bentuk pendakwaan terhadap Nurul Izzah," katanya.
Beliau ditemui di majlis rakaman takbir raya bersama penagih di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik di sini, hari ini.
Hishammuddin mengulas mengenai tindakan ke atas Nurul Izzah di bawah Akta Hasutan ekoran tindakan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mempersoal hak keistimewaan Melayu walaupun  dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan menerusi Perkara 153.
Nurul Izzah dalam artikel disiarkan portal berita propembangkang, Malaysian Insider Selasa lalu antara lain mendakwa, 'hak keistimewaan' orang Melayu tidak disebut sebaliknya Perkara 153 hanya menjelaskan mengenai 'kedudukan istimewa' masyarakat bumiputera.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 3/9/2010

Komen penulis: Berpolitik biarlah menguntungkan bangsa...?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan