PILIHANKU

TAJAAN

02 September 2010

RUSUHAN DI INDONESIA, 5 MAUT...?

Lima mati dalam rusuhan di Indonesia

2010/09/02

PALU: Polis Indonesia melepaskan tembakan dan membunuh lima orang selepas seorang lelaki yang marah menyerang balai polis dengan bom api dalam satu bantahan berikutan kematian seorang lelaki dalam tahanan. 

Lebih 20 orang termasuk beberapa polis cedera ketika pertempuran ganas lewat kelmarin di bandar Buol, wilayah Sulawesi Tengah, kata timbalan ketua polis tempatan, Dewa Parsana.
“Sejumlah penduduk mengepung balai polis dan melontarkan bom Molotov,” katanya. “Kita tiada pilihan kecuali melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan kerana mereka amat marah dan membakar motosikal yang diletakkan di luar. Lima orang terbunuh dalam tembakan itu.”

Sumber: Berita Harian Online, 2/9/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan