PILIHANKU

TAJAAN

08 Disember 2010

AS$100 DIKUARANTIN...?



WASHINGTON – Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang merupakan bank negara AS mengkuarantin sejumlah wang kertas AS$100 (RM314) yang berteknologi tinggi kerana kesilapan mencetaknya, lapor sebuah akhbar semalam.
Nilai keseluruhan wang kertas 100 dolar itu lebih AS$1 bilion (RM3.14 bilion).
Wang kertas bermasalah itu mewakili lebih 10 peratus wang kertas 100 dolar yang digunakan di seluruh dunia ketika ini.
Pada mulanya wang 100 dolar baru itu yang mempunyai tandatangan Timothy Geithner iaitu Setiausaha Perbendaharaan Presiden AS, Barack Obama, akan diagihkan kepada umum pada Februari tahun depan.
Namun, semua wang kertas itu kini disimpan di bilik-bilik kebal di Fort Worth, negeri Texas dan di sini kerana ciri-ciri keselamatannya terlalu kompleks, menyebabkan ia sukar untuk dicetak.
– Agensi
Sumber: Kosmo! Online, 8/12/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan