PILIHANKU

TAJAAN

09 Disember 2010

MALAYSIA VS VIETNAM...?

Piala AFF: Vietnam jumpa Malaysia, Filipina bertemu Indonesia

08/12/2010 10:38pm

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Skuad kebangsaan Vietnam mengungguli kumpulan B Kejohanan Piala Suzuki AFF setelah berjaya menewaskan Singapura 1-0 dan pada perlawanan akhir peringkat kumpulan semalam sementara Filipina dan Myanmar sekadar memperoleh keputusan seri tanpa jaringan.
Bermakna pada perlawanan separuh akhir selepas ini Juara kumpulan B Vietnam akan bertemu naib juara kumpulan A iaitu Malaysia manakala Indonesia bakal menentang Filipina pada peringkat sama minggu hadapan.
Pada perlawanan separuh akhir Malaysia akan menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 15 Disember ini manakala Indonesia akan berkunjung ke Filipina untuk menentang pasukan tuan rumah. - Utusan

Sumber: Utusan Malaysia Online, 9/12/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan