PILIHANKU

TAJAAN

30 Disember 2010

PEMAIN NEGARA NAIK KERETA PERISAI KE STADIUM....?

Inikah kereta perisai yang dimaksudkan....?

5 kereta perisai lindungi pemain Malaysia

JAKARTA - Pemain negara jelas berdepan dugaan yang hebat sebelum sepak mula yang dijadualkan pada pukul 7 petang (8 malam waktu Malaysia) apabila lima kereta perisai yang dikenali sebagai Barakuda terpaksa melindungi mereka dalam perjalanan ke Stadium Gelora Bung Karno.
Mereka yang keluar dari Hotel Sultan tepat pukul 4.50 petang pada waktu di sini terpaksa melalui ratusan ribu penyokong Indonesia di pintu timur stadium sambil menaiki kereta perisai berkenaan supaya boleh memasuki dengan selamat ke dalam stadium.
Namun, terdapat segelintir penyokong Indonesia menyedari kedatangan pemain negara lalu mengetuk kereta perisai terbabit sambil menunjukkan isyarat lucah.
Biarpun tiada insiden buruk berlaku tetapi perlindungan maksimum yang diberikan kepada pemain Malaysia terpaksa dilakukan ekoran pelbagai kontroversi dilemparkan media tempatan. yang membakar emosi penyokong Indonesia.
Antara provokasi terang-terangan yang dilakukan oleh media di sini ialah mengenai penggunaan laser dan dakwaan Presiden Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Nurdin Halid bahawa pemainnya dianayai dengan serbuk gatal ketika menjalani latihan di Malaysia. - Utusan

Komen: Ada juga orang kuat PSSI yang percaya akan kuasa bomoh yang boleh mengubah nasib sesebuah pasukan bola sepak. Jika benar,  kenapa tak bomohkan pasukan bola sepak Indonesia agar menjadi juara dunia. Gunalah ilmu bomoh itu untuk kalahkan kuasa besar bola sepak dunia seperti Sepanyol, Belanda, Brazil, Argentina....?
Ini dengan Malaysia pun KALAH...?

Sumber: Utusan Malaysia Online, 30/12/2010

2 ulasan:

  1. kalau kalah..jgnlah menuding jari kepada pasukan lawan...terimalah secara semangat kesukanan..

    BalasPadam
  2. pemain bola kita betuah kot dpt naik bnde ni.. dapt emas pulak tu!! haha

    BalasPadam