PILIHANKU

TAJAAN

08 Ogos 2010

DUA FINALIS 2009 DIUNDI SATU KUMPULAN...?

KELANTAN DAN NEGERI SEMBILAN SATU KUMPULAN...?
DUA finalis Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan dan Kelantan bakal berentap sesama sendiri apabila diundi dalam satu kumpulan saingan Piala Malaysia 2010.
Pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan menewaskan Kelantan 3-1 untuk muncul juara piala paling berprestij itu.
Undian Piala Malaysia 2010 turut menyaksikan Juara Liga Super dan Juara Liga Perdana berada dalam satu kumpulan di mana Selangor dan Felda United diundi bersama-sama pasukan Perlis dan T-Team.
Pasukan tangga ketiga Liga Super, Terengganu dijangka mampu ke suku akhir apabila berada sekumpulan dengan Pahang, Kuala Lumpur dan Sabah.
Satu lagi kumpulan pula menyaksikan saingan terbuka antara Johor FC, Perak, Kedah dan ATM.
Saingan Piala Malaysia 2010 akan bermula pada 14 September manakala aksi Final Piala Malaysia dijadualkan pada 30 Oktober 2010.

Sumber: liga-m.sokornet.com & redkijang.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan