PILIHANKU

TAJAAN

08 September 2010

KERETA TERBANG...?


Tak lama lagi kita akan berpeluang menaiki kereta yang boleh terbang...?
Transition ialah nama kereta terbang atau pesawat darat itu keluaran Terrafugia. Walau apa sahaja namanya yang anda gelar, tetapi kenderaan itu telah diuji kemampuan terbangnya pada Mac lalu.
Kenderaan hibrid gabungan kereta dan kapal terbang ini juga telah menerima pengiktirafan daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).
FAA telah memberi kebenaran kepada kenderaan ini untuk mempunyai berat melebihi daripada berat standard pesawat sukan ringan (LSA) iaitu 599 kilogram.
Ini bermakna juruterbangnya tidak memerlukan lesen juruterbang biasa yang memerlukan kelulusan tertentu tetapi hanya perlu mengikuti kursus mudah sebagai juruterbang LSA.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 8/9/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan