Bayi hampir lemas di dalam beg galas...?
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR 4 Jan. - Dua sahabat yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja terkejut menemukan bayi lelaki masih hidup di dalam beg galas di hadapan pagar sebuah sekolah rendah di Persiaran Titiwangsa, di sini hari ini.
Bayi malang dipercayai berusia enam hari itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana hampir lemas akibat dimasukkan ke dalam beg galas berwarna hitam dalam keadaan tertutup.
Difahamkan, bayi terbabit telah ditinggalkan di hadapan pagar sekolah tersebut kira-kira sejam sebelum ditemui pada pukul 1.30 tengah hari.
Sumber: Utusan Malaysia Online, 6/1/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan