PILIHANKU

TAJAAN

02 Mac 2011

KETAM NIPAH LAZAT...?

KOTA BHARU - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sedang melakukan kajian untuk membiakkan benih ketam nipah yang bermutu bagi mengelakkan kepupusan ketam tersebut.
Pensyarah Kanan Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli UMK, Dr. Lee Seong Wei berkata, kajian itu dengan kerjasama Pusat Pengeluaran Perikanan Ikan Laut, Jabatan Perikanan Terengganu bermula sejak awal tahun lepas dan dijangka siap akhir tahun ini.
Beliau berkata, ketam nipah atau nama saintifiknya ‘Scylia Serrata’ dan lebih dikenali sebagai ketam nyiur di utara Semenanjung adalah antara spesies ketam yang mendapat permintaan tinggi di hotel serta restoran eksklusif.
Sumber: Kosmo! Online, 2/3/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan