PILIHANKU

TAJAAN

08 Julai 2010

TAHUKAH ANDA...?

FENOMENA LAUT TERBELAH

Keajaiban di Pulau Jindo bentuk laluan sementara 2.8 kilometer selama sejam


APA saja yang disebut sebagai keajaiban memang tidak pernah gagal menarik perhatian orang ramai. Lebih-lebih lagi apabila kisah di sebaliknya sukar dijelaskan. Malah, banyak sebenarnya fenomena menakjubkan berlaku di dunia ini yang kurang diketahui ramai biarpun berlaku hampir saban tahun.


Salah satu fenomena yang tidak kurang menariknya adalah kejadian laut terbelah yang berlaku di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan. Pulau ini adalah yang ketiga terbesar di negara itu dan terletak berhampiran pulau Jejudo dan Geojodo. Bayangkan dalam tempoh sejam, anda dapat menyaksikan kekuasaan Ilahi apabila lautan yang sebelum ini dipenuhi air dan secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter.

Kejadian itu pasti mengingatkan kita terhadap kisah Nabi Musa yang ‘membelah laut’ bagi membawa pengikutnya yang taat kepada Allah SWT melarikan diri daripada kekejaman Firaun.

Namun, kejadian moden belahan laut di Jindo itu lain ceritanya yang berkait rapat dengan faktor semula jadi iaitu berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter.
<strong></strong>
SEBELUM (Gambar kecil) dan SELEPAS LAUT TERBELAH
<strong>Ratusan ribu pelancong banjiri Jindo setiap tahun untuk merasa sendiri kejadian laut terbelah.</strong>

INFO: Laut terbelah Jindo
  • Berlaku dua kali setahun iaitu sama ada Mac atau Mei serta Julai.


  • Secara saintifik, kejadian itu disebabkan penurunan mendadak paras air laut akibat pertembungan air pasang dan    surut secara serentak.


  • Ia juga disebabkan tarikan graviti antara bulan dan matahari.


  • Fenomena itu berlaku selama sejam dan mendedahkan sebahagian dasar lautannya yang membentuk laluan menghubungkan daratan Jindo dan pulau sekitarnya.


  • Menjadi antara acara tarikan utama pelancong ke Korea Selatan, setiap tahun. 




  • Tiada ulasan:

    Catat Ulasan