08/07/2010 4:09am
BAGHDAD 8 Julai - Seorang pengebom nekad dan beberapa siri pengeboman di Baghdad hari ini, mengorbankan 33 nyawa sementara 99 yang lain cedera ketika penganut Islam Syiah berkumpul bagi memperingati kematian seorang imam dihormati, Moussa al-Kadhim.
Serangan maut di Adhamiyah, sebuah daerah Sunah merentasi sungai Tigris dari Kadhimiyah, yang dinamakan sempena imam ketujuh daripada 12 imam yang dihormati Islam Syiah, Musa Khadhim, meragut 28 nyawa, sementara 63 yang lain cedera.
Dalam beberapa serangan pengeboman lain, lima maut manakala 36 yang lain cedera. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan