PILIHANKU

TAJAAN

08 Julai 2010

RANGKUMAN BERITA HARIAN...?

Serangan udara NATO ragut 5 nyawa tentera sekutu
2010/07/07

KABUL: Serangan udara NATO secara tidak sengaja meragut lima nyawa tentera Afghanistan ketika mereka yang terbunuh sedang mengawal di bahagian timur negara itu. 

Jurucakap Kementerian Pertahanan Afghanistan, Jeneral Mohammad Zahir Azimi, mengecam kejadian pada sebelah pagi, Rabu lalu dan berkata, ia bukan kejadian pertama mengakibatkan tentera Afghanistan menjadi mangsa korban susulan tindakan tentera sekutu.




Pemandu parah bas langgar treler
2010/07/07

KUANTAN: Seorang parah manakala 10 lagi mengalami cedera ringan dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas dan treler di kilometer 48.4 lebuh raya Kuala Lumpur-Karak, awal pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman, berkata dalam kejadian jam 1.45 pagi, bas persiaran yang membawa 42 penumpang itu sedang dalam perjalanan dari arah Kuantan ke ibu negara.



Pesara Telekom maut dalam kemalangan motosikal
2010/07/07

IPOH: Seorang pesara Telekom tidak sempat menjalani pemeriksaan di hospital selepas terbabit dalam satu kemalangan maut di KM 17.1 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, Gopeng dekat sini, pagi semalam. 

Kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu, M Sundaraju, 58, maut di tempat kejadian dan mayatnya terperosok di tempat penumpang kereta akibat bertembung dengan kenderaan itu.


Sumber: Berita harian Online, 7/7/2010



Tiada ulasan:

Catat Ulasan