4 pendatang Yahudi ditembak mati
2010/09/02
PEGAWAI keselamatan Israel memeriksa kereta yang dinaiki empat warga Yahudi yang diserang dekat Tebing Barat, semalam.
HEBRON: Empat pendatang Yahudi ditembak mati di Tebing Barat kelmarin dalam satu serangan yang didakwa dilakukan Hamas ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berada di Washington bagi memulakan semula rundingan damai dengan Palestin.
Hamas yang menguasai semenanjung Gaza memuji serangan itu yang antara lain membabitkan mangsa seorang wanita hamil, manakala beratus-ratus orang penyokong kumpulan Palestin itu keluar berhimpun di jalanan di wilayah berkenaan meraikan serangan itu.
Foto Aljazeera.net, 2/9/2010
Foto Aljazeera.net, 2/9/2010
Sumber: Berita Harian Online, 2/9/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan