PILIHANKU

TAJAAN

02 September 2010

25 PENGANUT SYIAH MAUT DALAM LETUPAN...?

25 terbunuh letupan di perarakan Syiah

02/09/2010 3:21am


LAHORE 2 Sept. – Seramai 25 orang orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 150 lagi cedera apabila tiga letupan menggegarkan perarakan keagamaan Syiah di timur Pakistan bandar raya ini, semalam.
Letupan itu merupakan serangan terbaru oleh pelampau Sunah ke atas puak majoriti Syiah yang disifatkan mereka sebagai kafir.
Letupan berlaku di tiga buah tempat berasingan petang semalam ketika 35,000 puak Syiah berarak di sepanjang jalan di Lahore sempena memperingati Khalifah Saidina Ali.
Perdana Menteri Yousuf Raza Gilani dalam satu kenyataan turut mengecam serangan itu dan menegaskan mereka yang bertanggungjawab tidak akan terlepas daripada pengadilan. – AP

Sumber: Utusan Malaysia Online, 2/9/2010

Komen penulis: Mungkin juga angkara ejen tertentu yang mahu melihat kacau-bilau umat Islam...?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan