Tangan hancur digilis mesin tebu
KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun bakal berhari raya dengan sebelah tangan selepas tangan kirinya hancur akibat digilis mesin pengisar tebu terpaksa dipotong.
Tangan mangsa, Nur Ain Nabila Zakaria hancur sehingga bahagian pergelangan dalam kejadian pada pukul 11 pagi di Kampung Padang Mukam, Pasir Mas dekat sini semalam.
Nur Ain Nabila mendapat cedera parah apabila bermain dengan mesin pengisar tebu yang ditinggalkan bapanya kerana mengambil beberapa peralatan selepas dibaiki.
Sumber: Kosmo Online, 6/9/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan