PILIHANKU

TAJAAN

05 September 2010

BLOG SENTUH SENSITIVITI AGAMA DAN KAUM...?

KPN beri amaran jangan bermain api

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi amaran kepada individu tidak bertanggungjawab di negara ini supaya tidak bermain api dengan menyiarkan komen yang menyentuh sensiviti agama dan kaum lain melalui Internet.
Beliau berkata, perbuatan menghina agama atau kaum lain menggunakan apa sahaja medium termasuk laman sosial Facebook ialah kesalahan serius kerana  boleh memecah-belahkan perpaduan.
Justeru, tegasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak teragak-agak bertindak tegas terhadap sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan tersebut demi menjaga keselamatan rakyat dan negara.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 5/9/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan