Gempa 7.4 skala Richter goncang New Zealand
04/09/2010 2:47am
WELLINGTON 4 Sept. - Satu gempa bumi dengan kekuatan 7.4 pada skala Richter mengoncang New Zealand, 30km di barat Christchurch awal pagi ini.
Laporan awal menyebut tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi kerosakan dikatakan banyak berlaku.
Gempa yang berlaku di kedalaman 33km dirasai seluruh Pulau Selatan dan di beberapa bahagian selatan Pulau Utara tetapi tidak berlaku tsunami.
Pihak polis di Christchurch, iaitu bandar kedua terbesar di New Zealand dengan penduduk kira-kira 342,000 berkata, banyak laporan mengenai cermin pecah, barang-barang jatuh serta bekalan elektrik dan air terputus diterima. - Reuters
Sumber: Utusan Malaysia Online, 4/9/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan