PILIHANKU

TAJAAN

04 September 2010

PAS TAK PASTI LAKSANAKAN HUDUD...?

Hudud tidak semestinya dilaksana – Pas

KOTA BHARU 2 Sept. – Pas mengakui hukum hudud tidak semestinya dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan memerintah negara.
Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas dan parti-parti dalam pakatan pembangkang pada peringkat ini telah bersetuju untuk tidak membincangkan soal pelaksanaan hukum hudud yang menjadi agenda perjuangan parti itu selama ini.
Malah, katanya, Pas dan rakan-rakannya dalam pakatan itu juga tidak akan ‘mengusik’ kerangka Perlembagaan Persekutuan walaupun ada pandangan yang mengatakan ia perlu dipinda sekiranya Pas hendak melaksanakan syariat Islam.
“Tidak semestinya kita akan laksanakan, kita melihat kepada persediaan dan persetujuan masyarakat.
“Kita ada persetujuan untuk peringkat ini kita tidak bincangkan soal hudud. Misi kita yang utama ialah untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 3/9/2010

Komen penulis: Jika benar itu pandangan PAS, bagaimana dengan janji mahu melaksanakan hukum hudud selama ini dan mendakwa UMNO tidak mahu melaksanakannya...? Jika begitu, samalah PAS dengan BN...?
Bukan Hudud yang dipentingkan TAPI KUASA...?

1 ulasan:

  1. pada pendapat saya, jika PAS tidak mahu disamakan dengan BN kerana katakan mereka dapat memerintah negara, mereka harus memastikan keadilan dan kesaksamaan dalam pemerintahan. pastikan mereka mendengar suara rakyat, bukan hanya turun padang bila wartawan ada.

    BalasPadam