Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selamat berpuasa dan selamat hari raya Aidilfitri saya ucapkan khusus buat pengunjung serta pembaca blog ini semoga kalian sentiasa dirahmati Allah. Pada peluang kali ini saya ingin mengulas tentang isu-isu tindakan dan perilaku segelintir rakyat negara jiran yang masih tidak henti-henti mencerca serta menghina negara, bangsa dan agama kita secara terlampau dan tidak masuk akal.
Di atas saya lampirkan contoh jelas, betapa rakyat Indonesia menggunakan FB, twitter dan tidak kurang juga blog-blog picisan yang mengutuk, mencerca dan menghina kita tanpa ada langsung untuk kita mempertahankan diri. Mereka seolah-olah hilang akal dan kewarasan dengan bertindak melulu seperti orang yang tidak bertamadun, dan tindakan mereka ini pula seperti mendapat lampu hijau daripada pemimpin mereka.
Kepada rakyat Malaysia yang cinta akan keamanan, keharmonian dan waras pemikiran, janganlah terperangkap dan terikut-ikut dengan sikap kebiadapan mereka. Biarlah anjing menyalak bukit, akhirnya mereka akan berhentinya dengan sendiri.
Saya terfikir juga kenapa segelintir rakyat Indonesia ini sanggup bertindak sebegitu? Adakah mereka ini merupakan para nasionalis dan pejuang bangsa? Atau adakah mereka ini hanyalah makhluk upahan yang hanya mengharapkan upah daripada pihak-pihak tertentu? Pada saya mereka bukannya pejuang, mereka bukannya para nasionalis, mereka bukannya cendekiawan, mereka hanyalah manusia yang tidak memiliki apa-apa...? Sering bertindak melulu tanpa menggunakan akal yang waras...!!!
SEBENARnya mereka merupakan segelintir masyarakat yang hidup dalam serba kekurangan, kemiskinan, tanpa pendidikan yang sempurna, penganggur dan juga mungkin sering menjadi mangsa yang ditindas atau tertindas. Mereka menjadikan isu-isu kecil hubungan Malaysia-Indonesia sebagai tempat untuk MELEPASKAN GERAM dan KECEWA mereka dan mungkin juga DENDAM dan CEMBURU serta IRIHATI kerana negara kita walaupun dikira lebih adik, lebih MAJU dan KE DEPAN berbanding dengan negara mereka.
Negara mereka sering dilanda bencana dan malapetaka bencana alam, seperti gempa bumi, tanah runtuh, letusan gunung berapi dan yang paling besar Tsunami telah sedikit sebanyak memberikan kesan yang mendalam di dalam jiwa mereka. Sebagai negara jiran serumpun, kita sering membantu mereka, tetapi itu langsung tidak menyedarkan mereka. Hampir 2 juta rakyat Indonesia menjadi buruh di Malaysia yang mencari sesuap nasi dan secara langsung membantu membaiki kehidupan mereka di Indonesia. Jika mahu dikira berlaku pencerobohan beberapa orang nelayan Malaysia di wilayah Indonesia, kenapa pula tidak diambil kira beribu-ribu orang pendatang haram Indonesia yang menceroboh wilayah Malaysia setiap hari kerana ingin lari daripada masalah kemiskinan di negaranya.
Sedarlah, tindakan rakyat Indonesia ini sebenarnya memalukan diri sendiri. Membaling najis manusia bukannya KEMAJUAN dan KEPAHLAWANAN sebaliknya lebih menonjolkan kebodohan dan kejijikan sikap dan peribadi. Membakar bendera..... bakarlah semahunya.... jika tidak kecukupan bendera, akan kami kirim nanti.......
Tsunami 2007 di Indonesia, kita negara pertama menghulurkan bantuan kemanusiaan....?
Mangsa gempa dibantu oleh saudara serumpun dari Malaysia....?
Keperihatinan kita dipandang sebelah mata....?
LIHAT SAJA AKSI SADIS RAKYAT INDONESIA
ADAKAH TINDAKAN MEREKA INI WARAS DAN BERTAMADUN...?
memang mendukacitakan..mula2 rasa marah, sekarang ni rasa sedih pulak. diorang ni fikir cetek. susah..
BalasPadamkita di sini doakan diorang ni dapat kesedaran je la..