PILIHANKU

TAJAAN

31 Ogos 2010

BERITA RINGKAS BERITA HARIAN...?


YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, bersama-sama melaungkan 'Merdeka' pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 di Stadium Putra, Bukit Jalil, hari ini. Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto BERNAMA
ORANG ramai mengibarkan Jalur Gemilang ketika lagu patrotik dimainkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini. Sambutan bertemakan '1Malaysia Menjana Transformasi' mencatat sejarah kerana ia kali pertama diadakan di stadium tertutup. - Foto BERNAMA
MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan bantuan khas hari raya sebanyak RM500 kepada kakitangan kerajaan negeri di depan 3,000 hadirin pada majlis Sambutan Kemerdekaan Ke-53 di Stadium Sultan Mohamad IV, Kelantan, malam tadi. - Foto Zulkifle Che Abdullah

Sumber: Berita Harian Online, 31/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan