The United States has offered a reward of up to $5 million for information about Mehsud [EPA]
AS akan dakwa pemimpin Taliban korbankan 7 ejen CIA
02/09/2010 3:21am
WASHINGTON 2 Sept. – Pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) akan mendakwa pemimpin Taliban Pakistan, Hakimullah Mehsud atas komplot yang mengorbankan tujuh ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang berpangkalan di Afghanistan Disember lalu.
Menurut Jabatan Kehakiman AS, Hakimullah yang dipercayai berada di kawasan puak di Pakistan dan merupakan ketua kumpulan Tehrik-e-Taliban akan didakwa kerana berkomplot untuk membunuh rakyat AS di luar negara dan menggunakan senjata yang menyebabkan kemusnahan besar.
Pada 30 Disember tahun lalu, seorang doktor rakyat Jordan yang mendapat kepercayaan kakitangan CIA meletupkan bom yang disembunyikan di dalam bajunya selepas memasuki pangkalan CIA di luar Khost.
“Dakwaan jenayah itu akan dilakukan jika Hakimullah berjaya ditangkap,” kata seorang pegawai AS yang enggan dikenali. – Reuters
Sumber: Utusan Malaysia Online, 2/9/2010
patut mmg sepatutnya CIA itu terbunuh dan dibunuh..carmakan keadaan,huru harakan..itulah misi sebenarnya(AS)..penaklukan secara politikal...dakwa dulu tiga rakyatnya yg telah bakar Al-Quran w'pun tlah ada bantahan..tebakarnya al-quran terbkarlh hati muslimin muslimah..umati rasullillah..
BalasPadam