PILIHANKU

TAJAAN

02 September 2010

LEBIH 2 JUTA RAKYAT INDONESIA MENCARI REZEKI DI MALAYSIA...?

AKUAN BAPA PRESIDEN INDONESIA TENTANG MALAYSIA

Dalam perutusan selama 18 minit itu, Susilo telah memberi pernyataan tegas tentang signifikan hubungan Indonesia dan Malaysia dan menggariskan lima alasan mengapa hubungan itu harus terus dijaga dan dipelihara dengan baik.

Pertama, kedua-dua negara itu mempunyai hubungan bilateral yang terpenting kerana mereka memiliki hubungan sejarah budaya dan kekerabatan yang sangat erat, mungkin yang paling erat berbanding negera lain sejak sekian lama.
"Hubungan Indonesia dan Malaysia ialah tonggak penting dalam keluarga besar ASEAN. ASEAN boleh tumbuh pesat antara lainnya kerana asas yang kukuh dalam hubungan Indonesia dan Malaysia ,” katanya menghuraikan alasan kedua.
Yang ketiganya, ada dua juta tenaga kerja Indonesia di Malaysia dalam pelbagai bidang dan mereka telah banyak memberi keuntungan kepada kedua-dua negara.
Keempat ialah pelancong Malaysia merupakan yang ketiga terbesar di Indonesia dengan jumlah sekitar 1.18 juta orang dari 6.3 juta pelancong asing.
Yang terakhir kedua-dua negara juga mempunyai hubungan perdagangan dan pelaburan yang penting.
Indeks tahun 2005-2009 menunjukkan bahawa Malaysia telah melaksanakan 285 projek pelaburan berjumlah US$1.2 bilion (RM3.75 bilion) manakala pelaburan Indonesia di Malaysia berjumlah US$534 juta (RM1.67 bilion).
"Hal ini menunjukkan hubungan ekonomi sungguh kuat namun hubungan yang khusus ini juga sangat kompleks, tidak bebas daripada cabaran,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 2/9/2010

Komen penulis: Kita mesti guna otak, jangan bertindak melulu...?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan