PILIHANKU

TAJAAN

04 September 2010

ZAKAT FITRAH PENYUCI DIRI...?

ZAKAT FITRAH

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH
 
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.


 
SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH
 
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
 
Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya daripada keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya. 
Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari. 
Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.
 
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadan.
* Bagi negeri Kelantan kadar zakat fitrahnya tahun ini ialah RM7.00 bagi setiap orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan