PILIHANKU

TAJAAN

12 Januari 2011

ANGKARA ANJING BAKA MONGREL...?


PELANCONG IRELAND MAUT DISERANG...?

Bedah siasat yang dilakukan terhadap mayat pelancong warga Ireland yang menjadi mangsa serangan dua ekor anjing di Teluk Bahang dekat sini kelmarin mendapati terdapat kira-kira 50 kesan gigitan di seluruh badannya.
Mangsa, Sullivan Maurice, 50, yang berasal dari Water Port Parie, Ireland, mengalami kecederaan teruk akibat gigitan gigi tajam anjing baka Mongrel terbabit menyebabkan dia mati di tempat kejadian.
Sebelah telinga mangsa yang terputus juga berjaya ditemui beberapa meter dari tempat dia diserang.
Pakar Patalogi Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP), Datuk Dr. Bhupinder Singh berkata, mangsa juga kehilangan banyak darah akibat kedua-dua belah telinganya putus selepas digigit kedua-dua ekor ekor anjing tersebut.
Sumber: Kosmo! Online, 12/1/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan