Foto Aljazeera.net
70 maut pesawat Iran Air terhempas
2011/01/10
TEHRAN: Sebuah pesawat milik Iran Air terhempas pagi tadi berdekatan barat laut ibu kota negara itu susulan cuaca buruk dan meragut sekurang-kurangnya 70 nyawa daripada 105 yang berada di dalam pesawat terbabit.
Agensi berita negara itu, IRNA yang memetik Timbalan Ketua Palang Merah Iran, Heydar Heydari berkata, berdasarkan maklumat yang diterima sehingga kini 70 orang mangsa dilaporkan terbunuh manakala 32 orang yang lain cedera.
Agensi berita Mehr turut memetik pegawai perubatan yang melaporkan 70 mayat sudah dipindahkan ke hospital tempatan. - AFP
Sumber: Berita Harian Online, 10/1/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan