PILIHANKU

TAJAAN

11 Januari 2011

MISBUN LETAK JAWATAN KERANA ANAK...?

Misbun Ramdan, (gambar kecil) Misbun Sidek.
Foto Berita Harian Online...
Datuk Misbun Sidek meletakkan jawatan sebagai jurulatih negara kerana ada kaitan dengan isu anaknya Misbun Ramdan yang tidak terpilih sebagai pemain elit oleh BAM. Datuk Misbun berharap dengan pemilihan itu, beliau sendiri yang akan bertanggungjawab melatih anaknya dan ini akan memberikan kesempatan kepadanya untuk mengasuh Misbun Ramdan menjadi pemain ternama kelak. Datuk Misbun menjangkakan anaknya akan akan menjadi juara dunia dalam tiga tahun lagi, jika mendapat bimbingan yang terbaik.
Misbun Ramdan pernah mengalahkan bintang Indonesia, Soni Dwi Kuncoro 21-13, 10-21 dan 21-16 dalam Kejohanan Grand Prix Emas Indonesia pada Oktober lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan