PILIHANKU

TAJAAN

12 Januari 2011

ANWAR DAH BACA NOVEL INTERLOK...?

Anwar akui Interlok tiada elemen rasis

11/01/2011 3:19pm

PETALING JAYA 11 Jan. — Novel Interlok tidak mempunyai elemen rasis seperti yang disuarakan oleh pihak tertentu, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya dah baca novel ini sudah lama, saya tidak nampak apa-apa yang rasis pun,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Anwar mencadangkan satu perbincangan dilakukan antara mereka yang mempertikaikan novel itu dan Kementerian Pelajaran.
Beliau diminta mengulas desakan golongan tertentu yang mahukan novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain diharamkan daripada dijadikan antara novel untuk komponen sastera Bahasa Malaysia di Tingkatan Lima bermula tahun ini yang kononnya  mempunyai unsur yang menghina kaum India di negara ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 12/1/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan