PILIHANKU

TAJAAN

08 Januari 2011

RIZAB TURUN RM2.7 BILION...?

Rizab antarabangsa BNM berjumlah RM328.6b

07/01/2011 7:01pm

KUALA LUMPUR, 7 Jan. - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM328.6 bilion (bersamaan dengan US$106.5 bilion) pada 31 Disember 2010.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, BNM berkata, kedudukan rizab mencukupi untuk membiayai 8.5 bulan import tertangguh dan 4.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
"Paras rizab pada 31 Disember 2010 telah mengambil kira peningkatan nilai rizab disebabkan oleh pelarasan suku tahunan penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan kebanyakan mata wang utama berbanding dolar pada suku keempat,” katanya.
BNM berkata, untuk keseluruhan tahun 2010, rizab antarabangsa menurun sedikit sebanyak RM2.7 bilion kepada RM328.6 bilion (akhir-2009: RM331.3 bilion).

Sumber: Utusan Malaysia Online, 8/1/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan