PILIHANKU

TAJAAN

31 Julai 2010

UPSR DAN PMR MASIH DITELITI...?

31 Julai, 2010 21:33 PM
Kementerian Masih Kumpul Maklumat Berkaitan Pemansuhan UPSR & PMR
PUTRAJAYA, 31 Julai (Bernama) -- Laporan penuh berkaitan cadangan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dijangka diserah kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran sebelum akhir bulan depan.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pada masa ini kementerian masih mengumpul maklumat bagi menyediakan laporan penuh itu.

"Saya belum mendapat maklumat yang lengkap. Kita perlu perhalusi banyak lagi aspek melalui cadangan yang telah dikemukakan.

"Kami juga masih mengumpul semua cadangan yang dicadangkan termasuk melalui media seperti paper cutting (keratan akhbar), emel dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-37 di sini.
Sumber: BERNAMA, 31/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan