Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. Solat yang boleh dijamakkan ialah solat Zuhur dengan Asar dan Maghrib dan Isyak. Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :
![]() | Jamak Takdim Solat Zuhur dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zuhur dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib. Syarat Jamak Takdim :
| ||||||
![]() | Jamak Takhir Solat Zuhur dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam waktu Asar. Manakala solat Magrib dilakukan pada waktu Isyak. Syarat Jamak Takhir :
|
Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja. Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zuhur, Asar dan Isyak sahaja.
Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :
![]() | Musafirnya tidak bertujuan maksiat. |
![]() | Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km |
![]() | Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram |
![]() | Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam) |
![]() | Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya |
![]() | Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya |
![]() | Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada' |
![]() | Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya |
Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zuhur) :
![]() |
Sahaja aku solat fardu Zuhur dua rakaat qasar kerana Allah taala. |









Tiada ulasan:
Catat Ulasan