Benarkah Mahathir hanya ikut telunjuk orang lain?
- Adakah keterlaluan jika dirumuskan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai banyak kuasa selama 22 tahun menjadi perdana menteri? Kesimpulan ini mungkin boleh dibuat berasaskan nilai “pengakuan” beliau sendiri dalam buku kisah hidupnya, “A doctor in the house: The memoirs on Tun Dr Mahathir Mohamad”.
- Adakah Dr Mahathir berbuat demikian untuk menutup pekung di dada dan menghalalkan segala penyelewengan kuasa, pemborosan dan rasuah dan kronisme yang mewarnai pemerintahan beliau?
- Dalam buku nukilannya, Dr Mahathir meletakkan beban pemecatan Salleh Abas kepada Almarhum Sultan Johor Al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar.
- Dr Mahathir, mengikut pengakuannya sendiri, terpaksa akur desakan Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar untuk melancarkan Ops Lalang.
- Bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya “menggadaikan” negara apabila berurusan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF.
- Dr Mahathir juga mahu kita mempercayai bahawa beliau tidak sama sekali mengarahkan Petronas menggunakan hasil minyak untuk membeli kapal-kapal tangki bernilai lebih RM1bilion untuk menyelamatkan anaknya Mirzan ketika kemelesetan ekonomi 1997.
- Keputusan Petronas untuk membiayai projek-projek seperti pembinaan Putrajaya, Lapangan Terbang KLIA dan sebagainya. Semua pelaburan berjumlah lebih RM100 bilion ringgit itu itu h berasaskan keputusan dibuat oleh pengurusan Petronas sendiri dan bukan atas kehendak Dr Mahathir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan