PILIHANKU

TAJAAN

19 Ogos 2010

SITI - SHARIFAH TAK GADUH LAGI...?

Sharifah Aini, Siti berbaik
Oleh Farihad Shalla Mahmud

2010/08/19

Tak gaduh lagi.
Tak gaduh lagi.
KUALA LUMPUR: Krisis peribadi Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dengan Datuk Siti Nurhaliza sejak enam tahun lalu, berakhir apabila dua orang penyanyi terkemuka tanah air itu dipertemukan dalam sesi fotografi khas bersama-sama Berita Harian, di Hotel The Royale Chulan, di sini petang semalam. 

Walaupun pernah bertembung dalam beberapa majlis sebelum ini, inilah kali pertama mereka disatukan dalam sesi fotografi selepas dikaitkan dengan kontroversi yang pernah menggemparkan dunia hiburan tanah air dan mendapat liputan meluas media.
Kontroversi tercetus apabila Sharifah Aini didakwa membuat fitnah menerusi e-mel dengan niat merosakkan reputasi Siti Nurhaliza. Bagaimanapun, pendakwaan terhadap penyanyi itu digugurkan selepas didapati tiada kes yang boleh mengaitkannya.

Sumber: Berita Harian Online, 19/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan