Israk, Mikraj anugerah untuk semua umat manusia
Oleh Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
2010/07/10
Rasulullah lalui peristiwa luar biasa, terima pensyariahan ibadat solat secara langsung PERIPENTINGNYA SOLAT DALAM KEHIDUPAN
MAJLIS memperingati Israk dan Mikraj yang menjadi catatan penting sejarah perkembangan Islam di negara ini disambut dengan menganjurkan ceramah supaya umat Islam dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa itu.
Israk dan Mikraj dilalui Rasulullah bukan peristiwa biasa atau hanya sekadar perjalanan untuk melihat kehebatan alam semesta. Perjalanan itu mempunyai makna dan hikmah cukup mendalam bagi Rasulullah secara peribadi serta umat Islam keseluruhan.
Israk dan Mikraj petanda bahawa risalah Islam disampaikan Rasulullah bukan untuk bangsa Arab saja tetapi seluruh alam maya yang terdiri daripada umat manusia dan jin, sebagai penghormatan kepada Rasulullah selaku rasul akhir zaman yang tidak dianugerahkan kepada rasul dan nabi sebelumnya.
Latar belakang sejarah perjalanan malam Rasulullah itu kerana kegelisahan dan kesedihan baginda akibat tentangan, ancaman, pemulauan, ejekan dan kecaman daripada kaum kafir musyrik terhadapnya.
Pada masa sama, Rasulullah kehilangan dua tonggak utama yang menjadi tulang belakang gerakan dakwah menyeru kaumnya kepada Islam iaitu isteri tercinta Saidatina Khadijah dan bapa saudaranya dikasihi, Abu Talib.
Tahun itu akhirnya diabadikan oleh sejarawan Islam sebagai tahun dukacita dalam kehidupan Rasulullah. Untuk meredakan kesedihan Rasulullah dan mengendurkan ketegangan Baginda menghadapi dugaan itu, Allah mengundang Rasulullah untuk Israk dan Mikraj pada malam 27 Rejab.
Semasa dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah diperlihatkan kejadian luar biasa yang mengungkapkan pelbagai hikmah dan iktibar kepada umat Islam hingga hari ini. Satu peristiwa penting sewajarnya diambil perhatian ialah disyariatkan ibadat solat lima waktu.
Jika diamati secara mendalam, ibadat solat difardukan kepada umat Islam secara langsung daripada Allah kepada Rasulullah Sidratul Muntaha tanpa melalui wahyu dan perantaraan Jibril seperti puasa, zakat dan lain-lain lagi difardukan melalui perantaraan wahyu.
Pensyariatan ibadat solat secara langsung daripada Allah sekali gus mengangkat martabat dan nilai ibadat solat. Dalam Islam, solat ialah tiang agama. Sesiapa mendirikan solat maka dia mendirikan agama. Sebaliknya, sesiapa meninggalkan solat bermakna dia meruntuhkan agama.
Pendek kata, perumpamaan ibadat solat dalam kehidupan Muslim ibarat sungai dipenuhi air yang mengalir di hadapan rumah. Kita akan mandi di sungai itu sebanyak lima kali sehari untuk membersihkan diri. Inilah perumpamaan yang dibuat Rasulullah bagi menggambarkan keistimewaan dan kelebihan ibadat solat dalam kehidupan Muslim.
Kepentingan ibadat solat dalam kehidupan Muslim dapat dilihat melalui tindakan Saidina Umar al-Khattab yang pernah menulis satu surat pekeliling untuk dikirimkan kepada semua gabenornya:
“Wahai gabenor sekalian! Sesungguhnya tugas sangat penting sekali pada pandanganku ialah mendirikan solat. Oleh itu, sesiapa yang tidak mendirikan solat seperti mana sepatutnya, maka dia ialah orang yang tidak dipercayai.”
Sementara sesiapa yang mendirikan solat dengan sebaiknya, maka dia sudah memelihara agamanya. Dan sesiapa yang mensia-siakan ibadat solat bermakna dia sudah mensia-siakan urusan yang lainnya.”
Demikianlah keyakinan Saidina Umar al-Khattab bahawa kecurangan, kezaliman, kemunduran, kekalahan dan kemelesetan ekonomi mempunyai sebab musabab saling berkaitan.
Hujung pangkal keadaan musibah menimpa umat Islam adalah kerana lemahnya iman dan malas melaksanakan ibadat kepada Allah terutama solat.
Seterusnya, Rasulullah dapat menghadap Allah melalui peristiwa Israk dan Mikraj maka setiap Muslim dapat berhubung secara terus ke hadrat Ilahi yang Maha Esa tidak memerlukan sebarang alat komunikasi walau secanggih macam mana sekalipun.

Sumber: Ubah suai daripada Berita Harian Online, 10/7/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan