Polis Pattaya serbu pesta seks
PATTAYA - Polis Thailand melakukan serbuan di tujuh buah lokasi di sini semalam dan menangkap tiga warga asing dan 30 lagi pesalah yang terlibat dengan aktiviti haram termasuk parti seks, lapor akhbarPattaya Daily News.
Tiga warga asing itu ditangkap pada satu parti seks dan polis turut menemui pelbagai dadah kelas satu.
Operasi itu diketuai oleh seorang pegawai polis, Kolonel Natthawut Suwanla-ong bagi membanteras dadah, senjata api dan aktiviti haram lain.
Warga asing yang ditangkap itu berasal dari Australia, Perancis dan Scotland.
Menurut akhbar itu, mereka ditangkap semasa menghadiri parti seks bersama beberapa wanita Thailand. - Agensi
Sumber: Kosmo! Online, 24/7/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan