Facebook miliki 500 juta pengguna
SAN FRANCISCO 22 Julai - Jumlah pengguna laman sosial Facebook mencecah 500 juta semalam dan ini bermakna nisbah seorang bagi setiap 14 orang di seluruh dunia kini mendaftar pada perkhidmatan laman sosial itu.
"Seramai 500 juta orang di seluruh dunia menggunakan Facebook secara aktif, sentiasa berhubung dengan rakan-rakan dan individu disekelilingnya.
"Ini merupakan batu loncatan bagi anda semua yang membantu menyebarkan Facebook di seluruh dunia," kata pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dalam satu kenyataannya di blog.
Sumber: Utusan Malaysia Online, 23/7/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan