3 warga Indonesia dihukum gantung kerana edar dadah
2010/07/18
ALOR SETAR: Tiga warganegara Indonesia dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar 1,858.6 gram ganja di Sungai Petani dekat sini, lima tahun lalu.
Hakim Datuk Zamani A Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes itu menimbulkan keraguan munasabah.
Sumber: Berita Harian Online, 18/7/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan