Peterporn: Tiga selebriti diarah jalani ujian fizikal
JAKARTA 7 Julai - Siasatan polis bagi mendapatkan data yang tepat berhubung video lucah yang disyaki dilakonkan tiga selebriti Indonesia, Nazriel Irham alias Ariel (gambar), Cut Tari dan Luna Maya, menyebabkan ketiga-tiga selebriti itu dikehendaki melalui ujian fizikal sekali lagi.
Pusat Kedoktoran dan Kesihatan Polis telah melakukan ujian fizikal ke atas Ariel, Cut dan Luna.
Ketua Penerangan Umum Polis, Marwoto Soeto berkata, ketiga-tiga orang selebriti itu menjalani pemeriksaan anatomi dari hujung rambut hingga hujung kaki.
"Kami periksa bahagian dalam dan luar, sama ada yang nampak di mata ataupun tidak. Semuanya diperiksa, contohnya panjang kaki dan tangan serta bentuk tubuh," kata Marwoto.
Katanya, kemaluan Ariel juga tidak terlepas daripada menjalani pemeriksaan.
Kebelakangan ini bertiup khabar angin bahawa ujian fizikal ke atas Ariel bocor kepada orang ramai, yang mengatakan kemaluannya adalah 'sepanjang 21 sentimeter'.
Marwoto berkata, dia tidak tahu menahu tentang perkara itu kerana ia adalah urusan forensik.
Siasatan juga mendapati video itu pertama kali dimuat naik oleh seorang suspek yang mempunyai awalan huruf 'K' pada namanya, di kawasan yang memiliki perkhidmatan WiFi.
Jurucakap polis kebangsaan, Mejar Jeneral Edward Aritonang mengakui kesukaran pihaknya memburu suspek kerana video itu telah tersebar luas di alam siber dan diakses ramai orang.
"Ia dimulakan di tempat yang sangat terbuka. Jadi ramai orang yang menggunakan dan mengakses Internet di situ," ujarnya.
Katanya, polis juga belum dapat mengesahkan sama ada individu pertama yang memuat naik video itu mempunyai hubungan rapat dengan Ariel atau tidak. - AGENSI
Sumber: Utusan Malaysia Online, 9/7/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan