PILIHANKU

TAJAAN

13 Julai 2010

ARIEL TERUS DITAHAN....?

Permohonan Ariel ditolak

JAKARTA 12 Julai - Polis Indonesia hari ini menolak permohonan Nazriel Irham atau Ariel yang menjadi suspek kes penyebaran video lucah, untuk menangguhkan penahanan, sekali gus memusnahkan harapannya untuk bebas seketika.
Ariel yang menjalani pemeriksaan kesihatan hari ini dilaporkan mengalami tahap kesihatan yang menurun.
Artis Gading Marten yang mengunjunginya di penjara Bareskrim Mabes Pollri, Jakarta berkata, Ariel telah menjalani pemeriksaan kesihatan pagi ini dan dia terkejut ketika mereka datang melawatnya.
Bagaimanapun, Gading menegaskan bahawa Ariel berada dalam keadaan sihat.
"Sepanjang dalam tahanan, dia (Ariel) kecewa dengan laporan berita yang tidak benar dan mengatakannya mengambil ubat dengan dos berlebihan," kata Gading yang datang melawat bersama ayahnya, pelakon terkenal Roy Marten. - Agensi

Sumber: Utusan Malaysia Online, 13/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan