PILIHANKU

TAJAAN

11 Julai 2010

BALA PANAS DI AMERIKA....?

Ombak panas 'masak' penduduk AS, Britain

2010/07/11

PENDUDUK  Seville di selatan Sepanyol menyejukkan diri ketika cuaca panas diramal berterusan mencapai 41 darjah Celcius.
PENDUDUK Seville di selatan Sepanyol menyejukkan diri ketika cuaca panas diramal berterusan mencapai 41 darjah Celcius.
Korban cuaca dijangka berterusan termasuk di Eropah 

PHILADELPHIA: Cuaca panas melampau berterusan di Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah dengan pihak berkuasa meramalkan peningkatan bilangan kematian akibat suhu luar biasa tinggi yang disifatkan seperti 'memasak' penduduk tempat berkenaan.


Wilayah timur Amerika dan sebahagian Kanada dikatakan dilanda ombak panas hingga memberi tekanan kepada sistem bekalan tenaga yang memaksa pihak berkuasa menyediakan ‘pusat sejuk’ iaitu bangunan dilengkapi pendingin hawa untuk kegunaan awam.
Suhu yang tinggi dari Qubec ke Virginia mencapai 39.5 darjah Celcius di tempat tertentu selain memutuskan bekalan kuasa kepada beribu-ribu penduduk dan dipercayai punca dua kematian beberapa hari lalu. 

Seorang wanita berusia 92 tahun yang tidak ada pendingin hawa di rumah, dijumpai mati di kediamannya di sini manakala satu lagi mayat wanita ditemui terbaring di tepi sebuah kereta di Detroit. 

Kepanasan melampau itu juga menyaksikan peningkatan kunjungan ke hospital di Kanada. Pegawai memberitahu, 158 orang mengunjungi bilik kecemasan di Hospital Montfort, Isnin lalu, kadar tertinggi untuk sehari. 

Sumber: Berita Harian Online, 11/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan