42 maut di makam sufi Lahore
LAHORE 2 Julai – Serangan dua orang pengebom berani mati yang membunuh 42 orang di makam seorang ahli sufi di timur Pakistan malam tadi membangkitkan kemarahan kebanyakan rakyat di negara yang dilanda keganasan ini.
Sesetengahnya menyalahkan kehadiran tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan sebagai punca serangan manakala yang lain mendakwa keganasan itu angkara penganut ajaran Ahmadiyyah (Qadiani) yang turut menjadi sasaran serangan hanya beberapa minggu lalu.
Dua letupan di makam Data Darbar di sini berlaku di kawasan yang masyarakatnya berpegang pada ajaran Islam berfahaman sederhana, seperti kebanyakan rakyat Pakistan.
Serangan itu mencederakan 180 orang dan sekali lagi menunjukkan ancaman kumpulan-kumpulan militan yang ada kaitan dengan kawasan kabilah di barat laut Pakistan bersempadan dengan Afghanistan, walaupun mereka bergiat aktif jauh dari kawasan itu.
Beribu-ribu orang berhimpun malam tadi di makam berkubah hijau itu apabila dua letupan berlaku selang beberapa minit di bahagian berlainan.
FOTO MENUNJUKKAN MAYAT HANCUR BERKECAI AKIBAT SERANGAN TERSEBUT
KEJAMNYA TINDAKAN MANUSIA APABILA DENDAM BERAJA DI SANUBARI...?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan