PILIHANKU

TAJAAN

13 Julai 2010

BUNUH DIRI KERANA HUTANG...?

Suri rumah bunuh diri akibat bebanan hutang


ANGGOTA polis mengangkat mayat Guat Suan (gambar kecil) di Teluk Intan semalam.


TELUK INTAN - Gara-gara tidak mampu menanggung hutang yang menimbun, seorang suri rumah nekad membunuh diri dengan mengurung diri di dalam kereta yang dipenuhi asap ekzos kenderaan berkenaan di sini semalam.
Koh Guat Suan, 42, dari Taman Intan di sini ditemui mati di tempat duduk pemandu kereta Ford Laser dipercayai milik suaminya oleh orang awam yang berjoging di taman rekreasi berhampiran pada pukul 7.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Teluk Intan, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, anggota polis yang bergegas ke tempat kejadian setelah dimaklumkan orang awam mendapati wanita itu sudah tidak bernyawa.
"Enjin kenderaan tersebut masih dihidupkan dan terdapat paip getah di bahagian tempat duduk belakang yang disambungkan dengan ekzos kenderaan itu.
"Sepucuk surat dalam bahasa Cina yang meluahkan kekecewaan mengenai masalah kewangan kronik yang ditanggung turut dijumpai di dalam kereta itu," katanya kepada Kosmo! semalam.
Sumber: Kosmo! Online, 13/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan