18 terbunuh dalam kemalangan antara dua buah bas dengan trak
05/07/2010 3:20am
HARARE 5 Julai - Polis Zimbabwe mengesahkan seramai 18 orang terbunuh manakala 30 yang lain cedera parah dalam satu kemalangan yang membabitkan dua buah bas dan sebuah trak semalam.
Kejadian dikatakan berlaku setelah sebuah bas melanggar trak yang membawa alat tulis sebelum trak itu dilanggar pula oleh sebuah bas lain yang datang dari arah bertentangan.
Kemalangan melibatkan bas adalah sesuatu insiden yang kerap berlaku di negara ini dan dikatakan berpunca daripada keadaan bas yang tidak diselenggara dengan baik serta pemanduan melebihi had laju.
- AP
Sumber: Utusan Malaysia Online, 5/7/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan