Negara Islam : Pas Tak Berani Sanggah DAP
Jun 30th, 2010 | By alkamarul | Category: UtamaOleh : AL-KAMARULZAMAN ABD. LATIF
Semalam dalam satu wawancara dengan sebuah portal berita Pengerusi DAP, Karpal Singh yakin pemimpin Pas yang progresif dan liberal bersedia mewujudkan negara sekular demi pembentukan kerajaan Pakatan di peringkat persekutuan.
Namun pemimpin Pas hari ini mendakwa kenyataan Pengerusi DAP itu hanyalah satu pandangan peribadi dan haknya untuk bersuara.
Mengulas perkara tersebut, Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria berkata alasan pemimpin Pas itu cukup membuktikan mereka cuba menutup kelemahan diri sendiri bila berdepan dengan DAP.
Tegas beliau Pas sebenarnya sudah diperalatkan oleh pembangkang tetapi kerana mereka inginkan kuasa mereka sanggup menutup mata dan menjadi alat tunggangan.
Sumber: Umno Online, 30/6/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan