PILIHANKU

TAJAAN

04 Julai 2010

KALAU DAH NAK MENANG...?

Versi baru 'Tangan Tuhan' julang Uruguay

PENYERANG Uruguay, Luis Suarez (tiga dari kanan) menampan bola menggunakan tangan untuk menghalang tandukan Dominic Adiyah daripada memasuki gawang pada perlawanan suku akhir menentang Ghana di Stadium Soccer City, Johannesburg, semalam. - AFP

JOHANNESBURG - Luis Suarez mendakwa, tindakan sengajanya menampan bola menggunakan tangan pada minit terakhir masa tambahan semalam, adalah 'Tangan Tuhan' versi 2010.
Penyerang Uruguay itu mengambil risiko apabila bertindak mengeluarkan tandukan Dominic Adiyah dengan menggunakan tangan selepas bola betul-betul berada di atas garisan pintu gol.
Seandainya dia tidak berbuat demikian, bola sudah pasti menerjah gawang, sekali gus memberi kemenangan kepada Ghana, namun dengan bertindak 'berani' dia dilayangkan kad merah oleh pengadil Portugal, Olegario Benquerenca dan bakal terlepas perlawanan separuh akhir menentang Belanda.
Pengorbanan berisiko Suarez bagaimanapun berbaloi apabila Asamoah Gyan, yang diamanahkan mengambil penalti gagal menghasilkan gol selepas tendangannya terkena palang. Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat permainan dan saingan diheret ke penentuan penalti, sebelum Uruguay menang 4-2.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 4/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan