Kapal kargo diserang, 12 diculik di Nigeria
04/07/2010 2:54am
PORT HARCOURT, Nigeria 4 Julai - Sekurang-kurangnya 12 orang diculik manakala seorang anak kapal terbunuh apabila dua kapal kargo diserang oleh penjenayah bersenjata di luar pantai pengeluar minyak terbesar Afrika, Niger Delta.
Kesemua anak kapal yang ditawan dekat Bonny di selatan wilayah Rivers kelmarin belum dikenal pasti tetapi pihak tentera percaya mereka berasal dari Eropah Timur.
Pegawai tentera telah berhubung dengan penculik dan meminta agar tebusan dibebaskan secepat mungkin, kata komander tentera laut di ibu negara Abuja. - Reuters
Sumber: Utusan Malaysia Online, 4/7/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan